Isnin, 28 Februari 2022

HELLO BLOG!

Hi semua! Entahlah sebenarnya tak tahu nak taip atau cerita apa dekat sini, sebab dah tinggalkan blog ni hampir 2 tahun dek kerana busy serupa CEO Megah Holding tauuuu. 

Benci nyah!

Tak tahu lah kenapa dulu macam otak berfungsi banyak sangat benda nak ditulis dalam blog ni, tapi lepas bertahun kerja and banyak kejadian-kejadian berlaku dalam diri, rasa macam diri ni sangat insecure untuk menulis semula. 

Rasa macam segala keyakinan dan minat dalam diri hilang begitu sahaja ðŸ˜… 

eh punyalah lama fikir nak tulis apa tetibe dah 2.22pm.....nanti sambung ade meeting pulakkk hahahhahah

Jumaat, 25 Februari 2022

Baby is coming :)

 


Assalamualaikum,


Saya dan suami ingin berkongsi berita yang amat menggembirakan buat kami berdua. Dengan rezeki, keizinan Allah swt, kami akan menimang cahaya mata yang pertama. Sesungguhnya segala aturan Allah adalah paling tepat tidak lambat atau juga cepat, dan diberikan pada waktu yang terbaik untuk kami. 


Kandungan saya dah berada di bulan ke-4, insyallah. Dengan rasa rendah diri, memohon maaf dan doa dari kalian untuk mendoakan semoga segalanya dipermudahkan, semoga doa yang baik berbalik juga kepada kalian amin amin amin YRA.


“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du'a”

(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)

Surah Al-Ibrahim: Ayat 40


#AynaFoundHerZul


AYNA + ZUL'S DAY


♥ 27082021 

Assalamualaikum suamiku.....................

Takdir ketentuan Illahi, Allah mudahkan kita untuk bersama mencari keserasian, mencari syurga bersama. Moga redha-Mu menjadi kurniaan teragung-Mu buat kami berdua. Kekal, dan angkatlah jodoh kami Ya Rabb, untuk di dunia & akhirat

“Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [As-Sajdah, 32:2]

#AynaFoundHerZul