Jumaat, 27 Januari 2023

Introducing our Aura Ameena ❤️

 #BismillahiMasyallah


Anak ibu, Aura Ameena ❤️

Hadiah dan amanah dari Allah buat ibu & ayah.

Dari hari pertama dilahirkan, tidak ada satu pun nikmat penat yang memberi kebahagian setiap saat yang ibu & ayah jalani boleh ditandingi dengan nikmat penat menjagamu.

Setiap nafasmu adalah anugerah Allah yang takkan sesekali kami sia-siakan.

Semoga kamu membesar menjadi hamba Allah yang lebih baik & sempurna dari ibu & ayah.

Ibu & ayah love you so so much 🤍

Khamis, 16 Jun 2022

Manusia!

Manusia normal di era ini yang tidak pernah merasa cukup,

Tidak tahu bersyukur atau masih belum bersyukur.

Rasa;

 Aku tahu bahawa kau kecewa

Aku tahu bahawa kau terluka
Aku tahu bahawa kau merasa tersia
Aku juga tahu bahawa kau sudah putus asa;

Tapi tidakkah kau tahu bahawa kesemua yang kau rasai aku merasainya lebih lagi
Tidak perlu kita ceritakan semua kerana pada akhirnya sekecil hama pun tiada siapa peduli kekecewaan kita.

Isnin, 28 Februari 2022

HELLO BLOG!

Hi semua! Entahlah sebenarnya tak tahu nak taip atau cerita apa dekat sini, sebab dah tinggalkan blog ni hampir 2 tahun dek kerana busy serupa CEO Megah Holding tauuuu. 

Benci nyah!

Tak tahu lah kenapa dulu macam otak berfungsi banyak sangat benda nak ditulis dalam blog ni, tapi lepas bertahun kerja and banyak kejadian-kejadian berlaku dalam diri, rasa macam diri ni sangat insecure untuk menulis semula. 

Rasa macam segala keyakinan dan minat dalam diri hilang begitu sahaja 😅 

eh punyalah lama fikir nak tulis apa tetibe dah 2.22pm.....nanti sambung ade meeting pulakkk hahahhahah