Meletakkan kesalahan kepada orang lain
Atau mengira kesalahan orang lain
Memang mudah....
Memang mudah sampai tak terasa begitu dalamnya kesan luka pada diri orang lain
Namun begitu amat sukar untuk kita mengaku atau mengira kesalahan itu pada diri kita sendiri
Kadang-kadang kita kena melihat apa yang dah kita buat atau sampaikan telah menyakitkan hati orang lain atau tidak?
Jika kita berani menyalahkan orang lain, kita juga perlu berani dan bersedia menerima bahawa kita sendiri juga mempunyai kelemahan dan kesalahan.
Mungkin sudah tiba masa dan waktunya untuk kita melihat jauh dalam sudut diri kita berapa banyak hati yang telah kita lukai tanpa kita sedar
Sesungguhnya ucapan maaf itu tidak langsung membuat seseorang itu miskin atau hina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan